DEFINISI
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula Melaka dan garam.
Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, danSri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayah Ilocos,Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.
Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean , Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian, Kelapa dan Pisang.
JENIS-JENIS DODOL UTAMA.
1 ] Dodol Garut
2 ] Dodol Durian
3 ] Dodol Sirsak
4 ] Dodol Maharani
5 ] Dodol Kandangan
6 ] Dodol Betawi
7 ] Dodol nangka
CARA-CARA PENYEDIAAN.
Bahan-Bahan.
a ) 1.8 kg tepung pulut
b ) 300 gm tepung beras
c ) 3.6 kg gula melaka
d ) 12 biji kelapa parut
e ) 15 helai daun pandan
Cara Penyediaan.
Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan . Kemudian , tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan . Apabila telah larut , masukkan pula ke dalam adunan tepung tadi . Dengan menggunakan api yang perlahan , jerangkan adunan ini sambil dikacau dan setelah mendapati hampir setengah sudah masak, masukkan pati santan dan kacau sehingga masak sepenuhnya .
Untuk membuatnya pula , bahan-bahan tersebut hendaklah dikacau bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar . Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol itu akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya atau kerak . Oleh itu , dodol hendaklah dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik . Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang daripada 4 jam , dodol yang dimasak akan menjadi tidak enak untuk dimakan . Setelah hampir 2 jam dodol tadi dimasak , dodol akan bertukar warna coklat yang pekat sedikit . Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak . Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol sebentar tadi tidak keluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat . Akhir sekali , dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap , dodol mestilah berwarna coklat tua , berkilat dan pekat .
Kemudian , dodol tersebut boleh dipotong dan dimakan . Kebiasaannya , dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan, kenduri dan majlis-majlis tertentu .
HARGA.
Harga dikira mengikut berapa banyak bilangan yang di jual. Contohnya :
Bagi jenis yang ini , setiap 12 peket kecil diberi harga mungkin dalam RM4 atau RM5.
Bagi jenis ini pula , biasanya dijual dalam harga RM5 setiap satu.
Yang ini pula dijual mungkin dalam RM 1 atau RM2 setiap satu .
SEKIAN, TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment